CLOVE ESSENTIAL OIL

Image
Lama dah tak share Macam biasa sibuk dgn produk minyak kelapa dara tuh. Dan hal2 lain Munggu ni diffuse 3 eo ni. Eo Murah2 je kita diffuse Nak share pasal clove atau cengkih dalam bm Penduduk di kepulauan maluku bebas dari penyakit berjangkit sehingga kurun ke 16 sehiggalah penjajah belanda datang memusnahkan pokok cengkih yang memenuhi pulau tu. (Sebab nak monopoli harga cengkih. Cengkih yang bukan diorang punya dimusnahkan) Selepas tu, ramai penduduk pulau itu mati akibat penyakit berjangkit. Ingat perdagangan rempah yg gah dulu2 tu utk buat gulai kari jah ko? Hellooo, babas alagappas kau kalau fikir macamtu. Belanda inggeris tk makan kari. Org dulu guna rempah utk perubatan dan macam2. syarikat hindia timur belanda jauhh datang indonesia nak monopoli rempah semata2 utk masak?? Ok, long story short, cengkih ni sangat membantu menghalang jangkitan penyakit. Ia juga antara eo utama yang digunakan dalam THIEVES ESSENTIAL OIL. Clove juga s...

10 sebab kenapa setiap rumah perlu ada diffuser…bahagian I



Pernah tengok diffuser? Selalu orang cadangkan diffuser ni untuk tingkatkan kesihatan, tingkatkan tenaga atau untuk tidur yang lebih baik. Sebenarnya fungsi diffuser ni ada baaanyak lagi. Disebabkan kegunaan diffuser ni ada banyak, kita cuba senaraikan sampai 10 yang utama sahaja. Oleh itu, berikut adalah 10 sebab kenapa setiap orang perlu memiliki ‘essential oil diffuser’ ni.

Pertama: relax dan tidur zzz

Salah satu kegunaan essential oil (EO) yang terkenal adalah keupayaannya untuk membantu anda relax dan berehat setelah menghadapi hari yang sukar. Sebenarnya ada banyak kaedah lain untuk menyampaikan EO dari botol ke salur darah anda, tapi yang paling mudah dan paling tahan lama adalah dengan menggunakan diffuser. Oleh itu, dapatkan diffuser di rumah anda. Balik penat2 terus on. Seeloknya letak kat sidetable katil (berdekatan dengan muka) untuk membantu minda dan badan anda relax jadi tidur anda di malam hari menjadi lebih baik.
Nak relax dan tidur?

Antara EO cadangan: Stress Away, lavender, clary sage

Kedua: mencipta mood
Sebagaimana diffuser boleh meredakan tekanan, ia juga mampu mencipta  mood dan tenaga. Jadi diffuser bukan saja berguna bila anda sedih dan tertekan, tapi ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan
Nak bersemangat tinggi ?
Nak mencetuskan suasana positif semasa mesyuarat atau gathering bersama kawan2?
Nak bergerak lebih aktif di waktu pagi yang lemau?
Nak wujudkan suasana romantic bersama pasangan anda?
Ketahuilah, EO dan diffuser boleh membantu

Antara EO cadangan: Joy, Orange, rose, sandalwood
   
Ketiga: Mengurangkan gejala penyakit
Bila kita guna diffuser di rumah, ia boleh membantu meningkat sistem imun untuk  melegakan selsema, demam, dan penyakit2 lain. Macamana diffuser bekerja?

Cara pertama, kebanyakan EO mempunyai citi antimikrob yang kuat. So, bila kita sebarkan essential oil tu ke udara, ia boleh terus melawan pathogen di udara (pathogen bawaan udara)

Cara kedua: EO boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imun.

Cara ketiga: beberapa jenis diffuser mempunyai fungsi humidifier (pelembap) yang membantu untuk memastikan saluran pernafasan anda lembap dan sihat supaya anda kurang terdedah kepada mana2 mikrob yang berpotensi masuk ke dalam badan anda.

Untuk melegakan penyakit tertentu, ada EO yang boleh membantu sedikit sebanyak (dengan meningkatkan sistem imun. Walau bagaimanapun,  perlu lah diingatkan bahawa EO ni bukan ubat atau pengganti ubat. Sila jumpa doktor anda untuk diagnos dan rawatan.

Antara EO cadangan: Thieves, Lemon

Keempat: membantu anda bernafas dengan lebih mudah
EO sebenarnya hebat dalam membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesumbatan saluran pernafasan untuk membantu anda bernafas dengan lebih mudah. Jika anda anda alahan (resdung sinus atau apa2), cuba diffuse EO tertentu dan jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap hingus atau apa2 yang keluar 
Antara EO cadangan: RC, peppermint, eucalyptus

Kelima: melegakan kesakitan yang biasa
Contohnya sakit kepala atau sakit urat, agak2lah kalau rasa teruk pergilah klinik. Selain daripada menyapu terus EO kepada tempat yang sakit, anda boleh juga menggunakan diffuser untuk membantu anda melegakan kesakitan.

Antara EO cadangan: ginger, eucalyptus

Sila whatsapp 017-7099723 untuk maklumat lanjut

Perhatian: Kandungan blog  ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Jangan abaikan nasihat doktor anda atau bertangguh dalam meminta nasihat disebabkan sesuatu yang anda baca dalam tapak web ini

Entry ini akan bersambung di bahagian II



Comments

Popular posts from this blog

merawat RESDUNG atau SINUSITIS dengan essential oil

GENTLE BABY ESSENTIAL OIL

CEDARWOOD